Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Rabu, 1 Mei 2013

Kena Penjara 5 Tahun Kerana Rompak Warga Emas

Mohd Nazro dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu. Foto: Sinar Harian

KUALA TERENGGANU - Perbuatan seorang lelaki merompak beg duit milik seorang warga emas akhirnya terbalas apabila dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam. 
Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris membuat keputusan itu selepas Mohd Nazro Abd Rahman, 34, dari Kampung Beladau Selat, di sini, mengaku bersalah merompak sebuah beg tangan milik warga emas, Saudah Ismail, 69. 
Mohd Nazro mengaku bersalah merompak beg duit yang mengandungi tiga utas gelang emas; sebiji loket emas dan wang tunai RM200 di sebuah rumah di Kampung Gong Penaga, Jalan Pasir Panjang, di sini, pada 10 Mac lalu, kira-kira jam 11.30 pagi. 
Dia didakwa di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana merompak yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebatan jika disabitkan kesalahan. 
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nazlyza Mohamed Nazri, manakala Mohd Nazro tidak diwakili peguam bela. - Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.