Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Isnin, 18 Mac 2013

Ulamak Afghanistan Desak AS Bebaskan Tahanan

Komplek penjara Bagram yang terletak di utara Kabul. Foto: Reuters

Salah seorang tahanan dalam penjara Bagram. Foto: imej google

Tahanan Afghanistan bersesak-sesak dalam tahanan tentera AS. Foto: beritabatavia.com

Tentera AS sedang menyiksa tahanan Afghanistan di Penjara Bagram. Foto: islamtimes.org

Penduduk membakar bendera AS ketika tunjuk perasaan di Kabul. Foto: Sinar Harian

Presiden Afghanistan, Hamid Karzai minta AS serah Penjara Bagram. Foto: mediaindonesia.com

KABUL - Majlis Ulama Kebangsaan memberi amaran bahawa kehadiran pasukan tentera Amerika Syarikat (AS) di negara itu bakal menerima padah, sekiranya mereka enggan membebaskan tahanan Afghanistan di penjara Bagram, Wardak, utara Kabul. 
“Jika AS tidak akur dengan permintaan Presiden Afghanistan, Hamid Karzai, maka tentera AS akan menerima serangan daripada kumpulan anti-AS,” kata jurucakap Majlis Ulama itu, dipetik daripada Reuters. 
Kelmarin, Karzai berulang kali mendesak AS berbuat demikian selepas mengetahui tahanan di penjara itu menerima layanan kejam. 
Beliau juga mengarahkan AS meninggalkan wilayah Wardak dan melarang askar memasuki kawasan universiti serta memberhentikan serangan udara di negara itu. 
Namun, komander pasukan gabungan Nato di Afghanistan, Jeneral Joseph Dunford berkata, sekiranya tahanan itu dibebaskan ia akan menimbulkan ancaman besar kepada Afgahnistan sekali gus negara itu akan kembali bergolak. 
Sementara itu, beratus penduduk melakukan tunjuk perasaan dengan berarak ke kompleks Parlimen di Kabul bagi menuntut pasukan khas AS itu berundur dari wilayah tersebut. 
Timbalan Ketua Polis, Daud Amin berkata, penunjuk perasaan mendesak ahli Parlimen supaya memberi tekanan kepada AS bagi membebaskan kesemua tahanan di penjara tersebut. - Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.