|
Rakaman video menunjukkan doktor hospital Brazil, Thauane Nunes Ferreira, 29, menggunakan enam jari acuan silikon. |
|
Polis mendapati enam jari palsu silikon ada pada beliau dan percaya 11 lagi doktor mungkin telah terlibat dalam penipuan. |
|
Salah satu daripada enam jari palsu silikon yang digunakan Thauane Nunes Ferreira mencatat kehadiran rakan sekerjanya. |
|
Di negara ini pun ada berlaku 'kawan tolong kawan' punch card kehadiran di jabatan kerajaan sebelum penggunaan pengimbas jari |
SAO PAULO - Seorang doktor di hospital di sini menggunakan ‘jari palsu’ yang dibuat daripada silikon untuk mencatatkan kehadiran rakan sekerja apabila mereka tidak datang bekerja.
Pegawai merampas enam ‘jari’ daripada doktor berkenaan, Thauane Nunes Ferreira, 29, apabila menahannya kelmarin.
Pembongkaran kegiatan itu mendorong kepada siasatan di Ferraz de Vasconcelos berhampiran Sao Paulo mengenai jumlah ‘pekerja hantu’ di bandar itu.
Datuk Bandar Acir Fillo berkata, kira-kira 300 kakitangan kerajaan mengambil gaji tanpa perlu bekerja. “Kita ada bala tentera hantu. Ia perkara yang memalukan. Kita akan pasang kamera mengawasi mesin kedatangan bagi memastikan ia tidak berulang,” katanya Menurut Fillo, dia percaya ‘pekerja hantu’ berada di semua pejabat awam, termasuk kesihatan, keselamatan dan pelajaran.
Ferreira yang diawasi pihak berkuasa mengaku memalsukan dokumen awam selepas ditangkap penggunakan jari palsu menipu mesin biometrik untuk mencatatkan kedatangan rakannya. - AP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.