Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Rabu, 20 Mac 2013

Lelaki Keluar Wang Di ATM Digoda Pelacur

Wisma Indah, Jalan Tun Razak (gambar hiasan). Foto: fazemy.blogspot.com

Beberapa pelacur bersidai di kaki lima bangunan Wisma Indah, Cheras untuk mencari pelanggan. Foto: ibnuhasyim


Pusat pelacuran tersebut hanya terletak kira-kira 50 meter dari Masjid Jamek Alam Shah

KUALA LUMPUR – Berhati-hati sekiranya anda mahu berurusan di sekitar di Wisma Indah, Jalan Tun Razak di sini kerana anda mungkin ‘digoda’ oleh pelacur jalanan secara terang-terangan. 
Difahamkan, orang ramai yang pergi ke bank-bank atau mengeluarkan wang daripada mesin pengeluaran automatik (ATM) di kawasan itu sering diganggu oleh pelacur. 
Premis perniagaan berkenaan menempatkan beberapa buah bank, beberapa buah bengkel motosikal dan restoran mamak. 
Tinjauan Kosmo! di kawasan yang sama mendapati, pelacur warga China yang berpakaian seksi dilihat berdiri di tepi kaki lima berhampiran bank sambil menunggu mangsa yang kebanyakannya datang ke premis tersebut untuk mengeluarkan duit menggunakan mesin ATM. 
Perkara tersebut menimbulkan rasa kurang senang kepada orang ramai yang datang ke premis berkenaan. 
Selain itu, kelibat beberapa lelaki yang dipercayai bapa ayam juga dilihat di kawasan berhampiran premis berkenaan dan mereka memerhati pelacur di bawah jagaannya ‘memikat’ mangsa. 
Lebih menjengkelkan, pusat pelacuran tersebut hanya terletak kira-kira 50 meter dari Masjid Jamek Alam Shah. - Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.