Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Rabu, 20 Mac 2013

Pejabat PM Nafi Parlimen Bubar Hari Ini

Pejabat Perdana Menteri menafikan khabar angin kononnya Dewan Rakyat dibubarkan hari ini

Menjadi kebiasaan perdana menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong sebelum mesyuarat mingguan Kabinet setiap Rabu

Parlimen belum dibubarkan walaupun telah melebihi tempoh 5 tahun sejak pilihan raya ke-12 pada 8 Mac 2008


KUALA LUMPUR - Pejabat Perdana Menteri menafikan khabar angin kononnya Dewan Rakyat dibubarkan hari ini, bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diadakan. 
Menurut laman Twitter pejabat media perdana menteri, khabar angin itu tidak benar sama sekali. 
"Kenyataan yang tersebar mengenai pembubaran parlimen hari ini, kononnya daripada Pejabat Perdana Menteri, adalah palsu," demikian menurut laman Twitter itu pada 1.23 tengah hari. 
Perkara itu turut disahkan seorang pegawai media perdana menteri ketika dihubungi Bernama. 
"Tiada pembubaran hari ini," tegasnya. 
Berita palsu yang memetik kononnya kenyataan itu dikeluarkan oleh perdana menteri, tersebar di laman-laman sosial kira-kira 12.30 tengah hari, selepas perdana menteri dilihat keluar daripada Istana Negara pagi tadi. 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat memasuki pekarangan Istana Negara pada pukul 7.55 pagi dan keluar kira-kira sejam kemudian. 
Menjadi kebiasaan bagi perdana menteri untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong sebelum mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet setiap Rabu. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.