Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Selasa, 19 Mac 2013

Kerajaan Campuran Baru Israel Lebih Ganas

Netanyahu umum dia mempunyai sokongan 68 ahli Knesset untuk tubuh kerajaan baru. Foto: victorshikhman

Bangunan Knesset (Parlimen) Israel di Baitulmaqdis. Foto: wikimwedia

Knesset sedang bersidang

Barak meletak jawatan sebagai Menteri Pertahanan minggu lalu. Foto: guardian

Moshe Yaalon, bekas Ketua Turus tentera di bawah Netanyahu menggantikan Ehud Barak. Foto: thetimes

Timbalan Menteri Pertahanan baru, Danny Danon. Foto: haaretz.com

BAITULMAQDIS - Kerajaan campuran baru Israel mengangkat sumpah jawatan semalam, dua hari sebelum Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, memulakan lawatan. Bagaimanapun ramai di antara anggota kerajaan campuran itu merupakan penyokong dasar membina penempatan Yahudi.
Selepas berunding lebih 40 hari, Benjamin Netanyahu akhirnya mengumumkan beliau memiliki majoriti untuk menubuhkan kerajaan. 
Netanyahu berkata, beliau mendapat sokongan 68 daripada 120 ahli Knesset (Parlimen). 
Daripada 68 ahli Knesset itu, 19 parti Yesh Atid dan 6 parti HaTnuah mahu rundingan damai disambung. 
Bagaimanapun, kerajaan baru itu dikuasai blok Likud-Beitenu (31) dan sekutu barunya, Jewish Home (12), parti berhaluan kanan yang mendapat sokongan pendatang Yahudi. 
Meskipun rakan terbesar Likud ialah Yesh Atid, ramai anggota Kabinet baru adalah daripada parti lain yang menyokong pembinaan penempatan yang segera memberitahu Obama mengenainya. 
“Era Ehud Barak sudah berakhir. Kerajaan baru akan memperhebat pembinaan penempatan di Tebing Barat,” kata Timbalan Menteri Pertahanan baru, Danny Danon. 
Barak meletak jawatan sebagai Menteri Pertahanan minggu lalu dan digantikan oleh Moshe Yaalon, bekas Ketua Turus tentera di bawah Netanyahu. 
Yaalon juga menyokong kuat pembinaan penempatan Yahudi dan menentang sebarang pembekuan ke atas aktiviti itu. 
Uri Ariel
Portfolio perumahan juga diberi kepada penyokong pro penempatan Yahudi yang dikatakan memegang peranan besar membolehkan Israel terus merampas tanah Palestin sejak Perang Enam Hari 1967. 
Bakal menterinya, Uri Ariel, dari Jewish Home sama sekali menentang pembentukan negara Palestin. 
Dalam satu temuramah dengan akhbar Yediot Aharonot, Ariel berkata, beliau bercita-cita meningkatkan bilangan penduduk di penempatan Yahudi. 
Ditanya apakah kesannya kepada peluang negara Palestin dibentuk, beliau berkata: “Hanya ada satu negara saja di antara Sungai Jordan dan Laut Mediterranean – Israel.” - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.