|
Presiden Hu Jintao mengucapkan tahniah kepada penggantinya Xi Jinping |
|
Presiden baru China Xi Jinping, kiri, menandatangani autograf diperhatikan oleh Naib Perdana Menteri Li Keqiang, kanan |
|
Para pemimpin baru berjenaka dengan perwakilan persidangan yang diadakan setiap lima tahun sekali |
|
Presiden baru, Xi Jinping, mengambil alih jawatan pemimpin tertinggi China dari Hu Jintao |
|
Hu Jiantao membisikkan sesuatu kepada Presiden baru Xi Jinping |
|
Xi Jinping dipilih sebagai Preiden China oleh Kongres Kebangsaan Rakyat yang bersidang lima tahun sekali |
|
Perwakilan memeriksa kertas undi mereka, satu pemandangan yang luar biasa di negara bukan pengamal sistem demokrasi |
|
Seorang perwakilan dari etnik minoriti berpakaian tradisional membuang undi untuk memilih presiden baru China |
|
Etnik minoriti dijemput menghadiri kongres dalam jumlah yang ramai untuk menekankan kepelbagaian China |
|
Para perwakilan wanita dari Xinjian sedang berjalan memasuki Dewan Besar Rakyat |
BEIJING - Pemimpin Parti Komunis China, Xi Jinping dipilih sebagai Presiden negara ini semalam bagi menggantikan Hu Jintao, 70.
Beberapa pegawai berkata, suami kepada penyanyi China, Peng Liyuan itu memenangi 99.7 peratus daripada 2,961 undi anggota Kongres Penduduk Kebangsaan Kali Ke-12.
Menurut beberapa pegawai, hanya satu undi menolak manakala sembilan lagi bertindak berkecuali.
Jinping, 59, sebelum ini memegang jawatan sebagai Naib Presiden China.
Beliau akan memimpin negara itu yang mempunyai penduduk seramai 1.35 bilion.
Jinping berdiri apabila para perwakilan kongres itu memberi tepukan ekoran pemilihannya.
Beliau yang merupakan lulusan bidang kejuruteraan kimia daripada Universiti Tsinghua ialah Presiden pertama China yang dilahirkan selepas Komunis mengambil alih pemerintahan negara ini pada tahun 1949.
Reformis dan anggota Politburo Parti Komunis China, Li Yuanchao, 62, pula dilantik sebagai Naib Presiden China yang baharu apabila beliau memenangi 96 peratus undi.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri China, Li Keqiang dijangka dilantik sebagai Perdana Menteri pada hari ini bagi menggantikan Wen Jiabao, 70. - Agensi / Kosmo!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.