|
Bank pusat Cyprus, mengeluarkan arahan mengehadkan pengeluaran wang berjumlah 100 euro (RM403) sehari |
|
Arahan tersebut dipersetujui oleh Presiden Nicos Anastasiades |
|
Arahan tersebut menyebabkan penduduk Cyprus menghadapi masalah mengeluarkan wang tunai |
|
Penduduk Cyprus beratur di hadapan sebuah bank untuk mengeluarkan wang melalui mesin teler automatik |
NICOSIA - Bank pusat di Cyprus, kelmarin mengeluarkan arahan mengehadkan pengeluaran wang berjumlah 100 euro (RM403) sehari menerusi mesin teler automatik (ATM) milik dua institusi kewangan di negara itu.
Dipetik Reuters, jurucakap Bank Popular yang merupakan peminjam kedua terbesar di Cyprus memaklumkan langkah tersebut akan berkuat kuasa hingga premis itu dibuka semula hari ini atau selepas memperoleh dana kecemasan berterusan dari Bank Pusat Eropah.
Difahamkan, perkara tersebut diputuskan selepas Presiden Nicos Anastasiades menyertai mesyuarat saat akhir bersama dengan peminjam antarabangsa bagi menyelamatkan negara itu dari terus dilanda krisis kewangan.
Bagaimanapun, rundingan bersama menteri Kesatuan Eropah, Ketua Bank Pusat Eropah dan Pengarah Urusan Tabung Kewangan Eropah (IMF) berhubung dana bantuan berjumlah 10 bilion euro (RM40 bilion) tersebut gagal mencapai sebarang penyelesaian. - Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.