Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Sabtu, 23 Mac 2013

Pejabat Cukai Indonesia Bocor Rahsia Pembayar Cukai

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono selar pejabat cukai Indonesia kerana tidak merahsiakan perisytiharan pendapatan keluarganya

Susilo menyerahkan borang cukai pendapatannya untuk 2012 di Kementerian Kewangan di Jakarta semalam

Susilo berkata, pendedahan dokumen cukai adalah jenayah memandangkan kerahsiaan pembayar cukai dilindungi undang-undang

Kepimpinan melalui teladan. Para pemimpin kerajaan Indonesia yang lain turut menyerahkan borang cukai masing-masing


JAKARTA - Presiden Susilo Bambang Yudhoyono semalam menyelar pejabat cukai Indonesia kerana tidak merahsiakan perisytiharan pendapatan keluarganya dan mendakwa beliau menjadi mangsa. 
“Jika kita tidak bertindak, jika kita tidak menghalang ini daripada berlaku, isu pendapatan akan digunakan untuk memeras ugut pembayar cukai,” katanya ketika menyerahkan borang cukai pendapatannya untuk 2012 di Kementerian Kewangan di Jakarta, semalam. 
“Saya menjadi mangsa dalam isu ini,” kata pemimpin Indonesia itu kepada wartawan. 
Susilo berkata, pendedahan dokumen cukai adalah jenayah memandangkan kerahsiaan pembayar cukai dilindungi undang-undang negara berkenaan. 
Beliau menggesa Ketua Pengarah Cukai di kementerian berkenaan menyiasat dan mengenakan tindakan ke atas mereka yang membocorkan maklumat pendapatannya. 
“Saya berharap kejadian seperti ini tidak berulang. Jika ia berlaku lagi, pejabat cukai mesti bertindak dan menjelaskan serta-merta,” kata Susilo. 
Beliau mengulas mengenai dokumen yang diterima oleh akhbar Jakarta Post yang mendedahkan secara terperinci pendapatannya sepanjang 2011. 
Dokumen itu menunjukkan Susilo memperoleh pendapatan Rp1.37 nilion (RM122,400) selaku presiden dan Rp107 juta (RM34,195) lagi dalam bentuk royalti. 
Maklumat itu yang disahkan oleh sumber di pejabat cukai juga menunjukkan simpanan dalam akaun bank Susilo berjumlah Rp4.98 bilion (RM1.6 juta) dan AS$589,188 (RM1.8 juta) pada 2011. - AP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.