Burger merupakan makanan segera yang cukup digemari. Komponen burger biasanya terdiri daripada roti bun yang dibelah dua, daging, sos cili dan juga mayonis. Cara penyediaannya pula ialah roti bun dan daging burger akan digoreng dengan menggunakan hot plate atau lava stone atau dapur gas.
Tetapi berlainan dengan burger yang dijual oleh Rawang Burger Bakar (RBB). Burger tidak digoreng tetapi dibakar. Dari jauh lagi, orang ramai boleh terhidu bau burger bakar yang lazat.
|
Daging burger RBB dibakar di atas arang yang membara, bukan digoreng seperti burger biasa |
Keistimewaan burger RBB bermula dengan daging burgernya. Daging burger yang digunakan untuk burger RBB diproses sendiri daripada daging segar yang diperap dengan sos rahsia.
|
Daging burger ditambah dengan sayur |
Daging burger kemudian dibakar di atas arang yang membara, ditambah dengan sayur dan ramuan lain, dilimpahi dengan sos, menyebabkan sesiapa yang melihat dan terhidu baunya akan bangkit selera.
Sejak burger RBB diperkenalkan di Pusat Bandar Wangsa Maju Sek 5 Kuala Lumpur, ia mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada para penggemar burger.
Ada di antara pelanggannya yang datang dari jauh seperti Klang, Shah Alam, Tanjung Malim, Kuantan dan dari Ayer Kroh hanya semata-mata kerana hendak menikmati keenakan burger RBB.
|
Mohd Fadzil |
RBB berada di bawah naungan syarikat Senang Lenang Trading yang diuruskan oleh pasangan suami isteri iaitu Mohd Fadzil Bin Mohd Halime (Roy) dan Noor Arifah Binti Ahmad (Awin). Roy berpengalaman selama 18 tahun sebagai Pengurus Hard Rock Cafe Kuala Lumpur dan 6 tahun Pengurus Planet Hollywood Kuala Lumpur. Awin pula berpengalaman bertugas sebagai pramugari MAS selama 5 tahun.
|
Publisiti dalam akhbar tempatan |
Nama Rawang Burger Bakar diambil daripada tempat asal pengasasnya iaitu Bukit Rawang Jaya. Gerai pertama RBB dibuka pada 1hb Disember 2011 di Arena Café. Manakala resepi burger RBB dihasilkan oleh gabungan chef yang pernah bekerja bersama Mohd Fadzil (Roy) di restoran terkenal di Kuala Lumpur.
RBB mempunyai matlamat hendak membantu semua orang, tidak kira golongan bawahan atau atasan agar dapat merasai daging burger yang disediakan di hotel ataupun restoran mewah dengan harga yang jauh lebih murah.
Biasanya burger bakar di restoran mewah ataupun hotel memcecah harga RM25-35. Tetapi burger RBB hanya dijual bermula daripada harga RM7-20, sedangkan daging dan size adalah sama.
Kini, RBB mempunyai rangkaian 50 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia, dengan menawarkan 11 varieti menu, iaitu Hot Shot, Hot Chic, Chicken Pop, Isabella, Burgembira, KLCC, Ombak Rindu, Madu Tiga, Double Riang, Valentines dan K. Pop.
Burger yang paling terkenal ialah KLCC, manakala K. Pop pula adalah untuk peminat daging kambing.
Burger bakar RBB bukan sahaja sedap, bahkan baik untuk kesihatan. Dagingnya rendah kolestrol kerana dibakar menggunakan arang kayu dan minyak zaitun, selain menggunakan daging tempatan sahaja.
|
Para pelanggan sedang menjamu selera |
RBB juga bersedia membantu mereka yang mempunyai budget kecil untuk menjalankan perniagaan burger bakar. Bayaran yang dikenakan untuk menggunakan jenama RBB ialah hanya RM1,500 sahaja.
Pada masa akan datang, RBB juga mempunyai perancangan untuk meluaskan rangkaian cawangannya ke negeri-negeri Sabah dan Sarawak. - Sumber
Macam bermusim bisness burger bakar ni kan?Kalau dulu terpaksa beratur panjang..Now, tak sampai 5 minit dah dpt burger yg diorder
BalasPadam