Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Khamis, 21 Mac 2013

Lawatan Presiden AS Ke Israel Dicemari Kereta Rosak

Pesawat jet Air Force One yang membawa Obama mendarat di lapangan terbang Tel Aviv

Obama tiba untuk lawatan pertama ke Israel selepas dilantik sebagai Presiden AS

Ketibaan Obama disambut Presiden Israel, Shimon Peres (kiri) dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kanan)

Inilah 'The Beast', kereta rasmi Presiden AS yang rosak semasa lawatan Obama ke Israel

Kereta rasmi Presiden AS ini rosak kerana 'tersalah isi minyak'

Kereta ini rosak semasa dalam perjalanan ke lapangan terbang untuk menyambut ketibaan Obama

Kereta ini menggunakan diesel dan tidak berfungsi jika diisi dengan petrol

Berita kereta rasmi Presiden AS yang rosak mendapat liputan oleh stesen 24 Hour News

Obama tersenyum dalam kereta kedua yang membawa beliau

Ciri-ciri yang terdapat pada kereta rasmi Presiden AS


TEL AVIV - Lawatan bersejarah Presiden Barack Obama ke Israel pagi ini menghadapi suatu halangan yang memalukan apabila limousin perisai rosak dalam perjalanan ke lapangan terbang. 
Kereta limousin Cadillac buatan General Motors telah mengalami masalah selepas pemandunya memasukkan petrol sedangkan kereta itu menggunakan enjin diesel. 
Obama tiba di Tel Aviv pada petang Rabu waktu tempatan, dan awal pagi esoknya, limousin berkenaan tidak dapat bergerak setelah pemandu itu melakukan kesilapan mengisi minyak. 
Laporan berita tempatan mendakwa bahawa kereta berkenaan adalah limousin Presiden yang telah dihantar khas dari Washington tetapi rosak dan Obama terpaksa menggunakan kenderaan kedua yang mereka yang dibawa dari Amerika Syarikat.
Kejadian berkenaan mendapat liputan stesen tempatan 24 Hour News yang menunjukkan kereta berkenaan berada di belakang sebuah trak pengangkut. 
Selepas kereta tersebut tidak dapat membawanya dari lapangan terbang, Obama terpaksa menggunakan helikopter untuk mengelak daripada melalui pusat pemeriksaan Palestin yang mengganggu laluan dari Lapangan Terbang Ben Gurion ke Baitulmaqdis. 
Perkhidmatan Rahsia AS dalam satu kenyataan mengenai kejadian itu mengatakan bahawa ia adalah satu keadaan yang menunjukkan mereka mesti sentiasa bersedia. 
"Salah sebuah kenderaan pelindung kami mengalami masalah mekanikal di Israel awal hari ini. Inilah sebabnya mengapa kami membawa kenderaan pelbagai dan mekanik untuk semua perjalanan," kata Edwin Donovan, jurucakap Perkhidmatan Rahsia. 
"Pasukan kami telah bersedia untuk menghadapi situasi seperti ini supaya pelbagai isu tidak akan menjejaskan jadual Presiden." 
Mereka tidak mengesahkan bahawa sama ada pemandu menggunakan gas atau diesel, sebagai punca kerosakan. - Mail Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.