|
Orang ramai berkumpul di sepanjang Tembok Berlin bagi bantahan kerja-kerja meruntuh. Foto: Sinar Harian |
|
Tembok Berlin semasa mula-mula dibina selepas tamat Peperangan Dunia Kedua pada tahun 1945 |
|
Sejak kewujudannya, Tembok Berlin telah memisahkan penduduk di bahagain barat dan timur Berlin |
|
Bagaimanapun Tembok Berlin mula diruntuhkan selepas kemerosotan kuasa komunis pada tahun 1989 |
BERLIN - Pihak kontraktor meneruskan kerja-kerja meruntuhkan sebahagian daripada Tembok Berlin berusia 30 tahun yang masih kukuh itu, ketika orang ramai melancarkan demonstrasi membantah tindakan itu.
Jurucakap polis berkata, sebanyak empat bahagian tembok diruntuhkan bermula 5 pagi waktu tempatan dan dijangka mengambil beberapa hari untuk meruntuhkan keseluruhan tembok berkenaan.
"Ruang seluas lima meter yang terdedah itu akan digantikan dengan pagar," katanya dipetik AFP.
Media tempatan melaporkan, kira-kira 250 anggota polis ditugaskan mengawal keadaan ketika kerja-kerja meruntuhkan dilakukan.
Penunjuk perasaan terdiri daripada anggota-anggota parti pembangkang mula mengadakan demonstrasi di tembok sepanjang 1.3 kilometer itu ketika bahagian pertamanya diruntuhkan pada awal bulan ini. - Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.