|
Malala Yousafzai, 15, ditembak oleh Taliban pada 9 Oktober tahun lalu |
|
Malala selepas menjalani pembedahan di Hospital Queen Elizabeth di Birmingham selepas ditembak |
|
Sebelum itu Malala dibawa dari sebuah hospital tentera ke pangkalan udara di Rawalpindi untuk diterbangkan ke Britain |
|
Malala berjalan ke sekolah di Birmingham diiringi oleh bapanya, Ziauddin |
|
Malala menghadiri sesi persekolahan hari pertama di Edgbaston High School untuk perempuan |
|
Malala dibawa melihat persekitaran sekolah barunya, Edgbaston High School oleh Guru Besar Ruth Weeks |
BIRMINGHAM - Gadis kental, Malala Yousafzai yang ditembak oleh Taliban Oktober lalu ekoran kempennya memperjuangkan pendidikan bagi kanak-kanak perempuan menghadiri sesi persekolahan hari pertama di sebuah sekolah di sini.
Dia yang kini berusia 15 tahun ditembak semasa berada dalam bas sekolah di Pakistan, Oktober lalu.
Malala menyifatkan yang kehadirannya di Edgbaston High School sebagai hari yang paling penting dalam hidupnya.
“Saya rasa hari ini merupakan detik paling gembira buat saya kerana dapat kembali ke sekolah dan merasakan bagai mimpi. Semua kanak-kanak juga mempunyai hak asasi mereka untuk ke sekolah.
“Saya juga rasa bangga dapat memakai semula pakaian seragam sekolah dan ini bukti saya seorang pelajar dan hidup dengan pelajaran,” katanya.
Beliau turut berkata sangat teruja untuk belajar mengenai politik dan undang-undang. - Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.