|
Seorang Yahudi Ortodoks membungkus dirinya dengan plastik kerana tidak boleh melintas di atas tanah perkuburan |
|
Pemandangan dari udara. Titik merah menunjukkan tanah perkuburan yang terletak berdekatan Lapangan Terbang Ben Gurion, Israel |
|
Pesawat Syarikat Penerbangan El Al. Penumpang Yahudi Ortodoks yang memakai beg plastik dipercayai menaiki pesawat ini. |
LONDON - Seorang penumpang pesawat membungkus dirinya dengan plastik ketika dalam penerbangan.
Lelaki yang berpakaian serba hitam itu membungkus dirinya dalam plastik, duduk dengan kepalanya sedikit tunduk dan ikatan plastik itu di atas kepalanya.
Gambar itu dimuat naik ke laman Reddit kelmarin dan ada pembaca mendakwa lelaki itu keturunan Kohein, golongan paderi kuno Yahudi yang diharam terbang melintasi tanah perkuburan.
Ramai di kalangan anggota keturunan itu membungkus diri mereka sebagai tindakan mengatasi larangan berkenaan.
“Masyarakat Kohein dilarang berhubung dengan orang yang sudah mati, termasuk melawat tanah perkuburan kecuali menghadiri majlis pengebumian anggota keluarga yang rapat,” kata paderi Yahudi Rabbi Jeffrey W Goldwasser ketika mengulas gambar itu.
Menurutnya, sebagai penyelesaian untuk mengatasi larangan berkenaan, penganut agama ortodoks Yahudi itu membungkus diri mereka untuk menghalang daripada ‘berhubung’ dengan orang mati, termasuk melintasi tanah perkuburan ketika dalam penerbangan.
Terdapat beberapa kejadian penerbangan ditunda atau berpatah balik kerana enggan membawa penumpang yang membungkus diri dengan plastik atas alasan keselamatan. - Agensi / myMetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.