 |
Kanak-kanak lelaki berusia lima tahun ini ditinggalkan seorang diri dan hampir rentung apabila rumahnya terbakar. Foto: myMetro |
 |
Tindakan pantas bomba berjaya menyelamatkan kanak-kanak ini daripada rentung. Foto: myMetro |
AMPANG - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun hampir rentung selepas rumahnya di tingkat 4 Rumah Pangsa 700 Kencana, di sini musnah dalam kebakaran petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, kanak-kanak berkenaan ditinggalkan di rumah seorang diri selepas ibunya keluar untuk membeli keperluan harian di kedai berhampiran.
Menurut sumber, ketika ditinggalkan, kanak-kanak terbabit dikatakan bermain api menyebabkan bahagian dapur rumahnya terbakar sebelum merebak ke seluruh rumah.
Katanya, menyedari rumahnya terbakar, kanak-kanak berkenaan yang gagal menyelamatkan diri kerana pintu depan dikunci ibunya menjerit sekuat hati meminta tolong sebelum ia didengari jiran yang kemungkinan menghubungi bomba.
“Tindakan pantas bomba berjaya menyelamatkan kanak-kanak terbabit daripada rentung. Bagaimanapun, kanak-kanak itu dipercayai banyak terhidu asap,” katanya. - myMetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.