|
Presiden dan bekas Presiden AS mendapat sorakan hadirin kerana berada di pentas yang sama |
|
Presiden dan bekas-bekas presiden disertai oleh isteri masing-masing |
|
Mereka dapat melupakan perbezaan politik mereka dan berdiri di pentas yang sama |
|
Turut hadir, bekas Naib Presiden AS, Dick Cheney (bertopi) dan bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair (kiri) |
|
Tetamu VVIP hanya duduk di atas kerusi kayu |
|
George W Bush berucap kepada para hadirin |
|
Bekas Gebenor Florida, Jeb Bush bersama isteri. Para tetamu VIP hanya disediakan kerusi lipat |
|
Pistol yang dirampas daripada Sadam Hussein semasa dia ditangkap dipamerkan di muzium ini |
|
Ini ialah bot koboi semasa George W Bush menjadi pengurus pasukan besbol di Texas |
|
Pembesar suara 'bullhorn' turut dipamerkan di muzium ini |
Dalam upacara yang jarang berlaku dan beremosi, seorang Presiden dan empat bekas Presiden Amerika Syraikat (AS) dan isteri masing-masing telah berkumpul di Dallas, pada Khamis untuk menghadiri pembukaan Perpustakaan dan Muzium George W Bush.
Presiden Barack Obama, bersama bekas-bekas Presiden George W Bush, Bill Clinton, George HW Bush dan Jimmy Carter menerima sorakan daripada orang ramai, bekas pegawai White House dan bekas pemimpin dunia apabila mereka menaiki pentas untuk acara pembukaan, dengan disertai oleh isteri masing-masing.
Kali terakhir kesemua empat bekas presiden yang masih hidup hadir bersama dengan Presiden AS ialah semasa majlis perlantikan Obama sebagai presiden pada tahun 2009, apabila Obama berkata beliau memerlukan nasihat mereka sebelum mengambil-alih jawatan Presiden AS.
Muzium itu bertujuan untuk menerangkan peristiwa-peristiwa yang membawa kepada beberapa keputusan yang paling kontroversi semasa George W Bush memegang jawatan Presiden AS Ke-43 selama dua penggal (2001-2009).
Antara yang dipamerkan di perpustakaan itu termasuk pistol yang dirampas daripada Saddam Hussein semasa ditangkap pada 13 Disember, 2003 dan sepasang but koboi memperingati tempoh George W. Bush sebagai pengurus bersama pasukan besbol Rangers Texas.
Turut dipamerkan adalah bullhorn (alat pembesar suara) yang digunakan Presiden George W. Bush untuk bercakap dengan anggota bomba dan krew kecemasan di Ground Zero, New York, selepas serangan 11 September.
Dalam satu temu bual dengan agensi penyiaran ABC, Bush berkata beliau 'sangat selesa' dengan keputusan untuk menyerang Iraq. - MailOnline
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.