|
Kilang baja meletup pada Rabu malam, dikhuatiri ramai terbunuh kerana terperangkap di bawah runtuhan bangunan |
|
Letupan berlaku pada jam 7.50 petang dan menggegarkan kawasan ini |
|
Letupan diikuti dengan asap hitam yang menjulang ke udara |
|
Gambar kepulan asap ini diambil melalui kamera oleh penduduk tempatan |
|
Hospital Hillcrest di Waco, Texas dibanjiri dengan orang-orang cedera selepas letupan besar di sebuah kilang baja |
|
Seseorang sedang memerhatikan kebakaran yang sedang terjadi ekoran letupan kilang baja |
|
Anggota penyelamat mengeluarkan warga emas dari pusat penjagaan yang rosak akibat letupan |
|
Sebuah pangsa puri rosak teruk selepas letupan |
|
Anggota bomba memeriksa rumah yang rosak - semua penduduk dilaporkan dipindahkan |
|
Lokasi berlaku letupan tidak jauh dari sebuah sekolah dan pusat penjagaan |
WACO (Texas): Anggota Palang Merah Amerika dari seluruh Texas dikerahkan ke lokasi letupan di sebuah kilang baja berdakatan Maco, hari ini dengan beberapa mangsa dilaporkan cedera.
Jurucakap Palang Merah, Anita Foster, berkata kumpulannya kini berkerjasama dengan pegawai pengurusan kecemasan di bandar West untuk menyediakan tempat perlindungan kepada mereka yang terselamat.
Katanya, pasukan dari Austin dan Dallas serta beberapa tempat lain dihantar ke kawasan kediaman penduduk di sekitar utara Waco.
Jurucakap Jabatan Bomba West berkata, letupan berlaku malam semalam di sebuah kilang pengeluaran baja.
Beliau bagaimanapun tidak pasti berapa jumlah mangsa setakat ini. - AFP / Berita Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.