Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Isnin, 22 April 2013

Arab Saudi Buka Pusat Pemulihan Mewah

Jeneral Mansour Al-Turki (dua dari kanan) sedang memberi penerangan kepada wakil-wakil media. Foto: AFP

Wakil media tempatan dan antarabangsa dibawa melawat ke sekitar pusat pemulihan yang terletak di Riyadh. Foto: AFP 

Di antara yang dilawati ialah tempat makan di pusat pemulihan ini. Foto: AFP

Pusat pemulihan ini juga dilengkapi dengan mesin basuh yang besar. Foto: AFP

Pusat pemulihan ini bertujuan untuk memulihkan anggota militan al-Qaeda. Foto: AFP


RIYADH - Pihak berkuasa Arab Saudi merancang melenyapkan fahaman ekstrem dalam kalangan banduan militan Al-Qaeda melalui kaedah kaunseling, rawatan spa dan senaman di sebuah pusat pemulihan mewah di sini. 
Banduan-banduan itu boleh menggunakan fasiliti pusat pemulihan berkenaan termasuk kolam renang saiz Olimpik, sauna, gimnasium dan dewan televisyen semasa mereka menghadiri sesi kaunseling dan ceramah agama. 
Pusat pemulihan mewah baharu itu dibina oleh Pusat Kaunseling dan Penjagaan Putera Mohammed Bin Nayef. 
Badan itu yang ditubuhkan tujuh tahun lalu bertujuan untuk memulihkan ekstremis-ekstremis Islam yang ditahan semasa operasi membanteras Al-Qaeda di Arab Saudi antara 2003 hingga 2006. 
"Kurang 3,000 orang banduan Islam akan menjalani sesi pemulihan di pusat-pusat itu sebelum mereka dibebaskan," kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Jeneral Mansur Al-Turki. 
Sebuah pusat pemulihan tersebut telah dibuka di bandar raya Jeddah manakala tiga lagi akan dibina di utara, timur dan selatan negara ini. 
Namun, hanya pusat pemulihan di sini yang memiliki kelengkapan serba mewah sebagai insentif untuk banduan-banduan tersebut yang melupakan fahaman ekstremis Al-Qaeda. 
Fasiliti pemulihan di sini mempunyai keluasan bersamaan 10 padang bola sepak dan dibina untuk menempatkan seramai 228 banduan Al-Qaeda. 
Setiap daripada 12 bangunan di pusat pemulihan itu akan menempatkan 19 banduan. 
Setiap banduan berkenaan diberikan suite mewah bagi membolehkan mereka meluangkan masa bersama keluarga masing-masing pada waktu melawat. 
Banduan yang berkelakuan baik boleh meluangkan masa dua hari bersama isteri mereka di suite tersebut. 
Pada waktu siang, para banduan itu akan menghadiri seminar agama bertujuan untuk melenyapkan fahaman jihad dalam diri mereka. 
"Dalam usaha memerangi pengganas, kita perlu memberi keseimbangan dalam aspek intelektual dan psikologi kepada mereka menerusi dialog dan pujukan," kata pengarah pusat pemulihan tersebut, Said Al-Bishi. - AFP / Kosmo!

1 ulasan:

  1. assalam, maaf pada persoalan ini. tapi soalan ini adalah benar.
    adakah tempat pemulihan mewah di malaysia?

    BalasPadam

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.