Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Selasa, 9 April 2013

Nenek Warga Britain Gagal Rayu Hukuman Mati

Lindsay Sandiford (kanan) mendengar penjelasan daripada penterjemah di mahkamah tertinggi Indonesia. Foto: Reuters

Lindsay Sandiford memperkatakan sesuatu kepada peguamnya, Ersa Karo Karo

Lindsay Sandiford dijatuhi hukuman mati selepas kokain bernilai AS$2.4 juta (RM7.3 juta) ditemui di dalam bagasinya. Foto: sodahead


DENPASAR - Seorang nenek warga Britain yang dihukum mati kerana menyeludup dadah ke Pulau Bali akan membuat rayuan terakhir di mahkamah tertinggi Indonesia bagi mengelak daripada berdepan skuad penembak. 
Lindsay Sandiford dijatuhi hukuman mati Januari lalu selepas kokain bernilai AS$2.4 juta (RM7.3 juta) ditemui di dalam bagasinya setibanya wanita itu di sini selepas dia menaiki penerbangan dari Bangkok pada Mei tahun lalu. 
Hari ini, seorang jurucakap Mahkamah Tinggi Bali di sini berkata, panel tiga hakim mahkamah tinggi yang bersidang telah memutuskan bahawa keputusan hakim sebelum ini adalah tepat. 
Sandiford mempunyai masa 14 hari untuk merayu di Mahkamah Agung Indonesia dari tarikh dia dimaklumkan keputusan tersebut. 
Sekiranya rayuan Sandiford masih ditolak, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono boleh membatalkan hukuman tersebut menggunakan dekri Presiden. - AFP / Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.