|
Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak melambai dan tersenyum dari tempat beliau di mahkamah semasa perbicaraan |
|
Mubarak dilihat sedang dimuatkan ke dalam ambulans dalam perjalanan ke mahkamah Kaherah |
|
Bekas presiden Mesir diambil dari Hospital Tentera Maadi untuk dibawa ke mahkamah menggunakan helikopter |
|
Mubarak telah dibawa ke mahkamah di Kaherah dari Hospital Tentera Maadi |
|
Mubarak dibawa ke mahkamah dari hospital tentera dengan menggunakan ambulans helikopter |
KAHERAH - Selepas beberapa bulan diselubungi khabar angin bahawa bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak berada dalam keadaan nazak dan hampir mati, imej Hosni di sebuah mahkamah kelmarin telah mengejutkan kebanyakan penduduk di negara ini.
Hosni yang meletakkan jawatan pada Februari 2011 dilihat tidak seperti yang disangka oleh kebanyakan penduduk di Mesir.
Dia yang duduk di kandang pesalah kelihatan bertenaga dan memakai cermin mata hitam selain memberikan senyuman kepada para penyokongnya.
Hosni yang berusia 84 tahun itu berdepan dakwaan rasuah duduk bersama dengan dua anaknya, Alaa dan Gamal.
Bekas Presiden itu sebelum ini ditahan di sebuah hospital tentera di sini kerana mengalami masalah jantung, tulang rusuk retak, cecair di dalam paru-paru, kemurungan dan tekanan darah tinggi.
"Saya mahu melihat seorang lelaki yang sakit. Bagaimanapun, gambar-gambar yang menunjukkan dia tersenyum dan memberikan senyuman amat provokatif," kata seorang penduduk di Kaherah, Heba Radwan. - Agensi / Kosmo!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.