Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Ahad, 14 April 2013

Pesawat Lion Air Terlajak Ke Laut

Anggota pasukan penyelamat berusaha menyelamatkan para penumpang pesawat malang

Para penumpang yang selamat segera dikeluarkan dari bahagian pesawat yang tenggelam ke dalam air

Penumpang pesawat ini dianggap bernasib baik kerana pesawat mereka mendarat di kawasan air laut yang cetek

Juruterbang Lion Airways M.Ghazali sedang dipapah

Pesawat malang berada di laut sementara pesawat lain berada di landasan

Mujurlah pesawat ini berada di air cetek tidak jauh dari hujung landasan, membolehkan para penumpang diselamatkan dengan mudah

Seorang anggota penyelamat sedang memerhatikan para penumpang yang menyelamatkan diri dari kokpit

Peta menunjukkan lokasi lapangan terbang tempat berlaku nahas

Beginilah rupabentuk landasan lapangan terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Den Pasar, Bali

Pemandangan Lapangan Terbang Ngurah Rai berdasarkan imej Google

Penduduk tempatan melihat peristiwa malang dari kawasan pantai berdekatan

Walaupun tidak ada penumpang yang terbunuh namun ramai yang cedera

Seorang penumpang perempuan yang cedera dikejarkan ke sebuah hospital di Kedonganan, Bali

Lebih daripada 40 orang dibawa ke tiga hospital yang berlainan dengan pelbagai kecederaan


BALI, Indonesia - Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan Lion Air yang membawa 108 penumpang dan anak kapal mendarat di atas laut selepas terlajak tidak jauh dari landasannya. 
Insiden itu menyebabkan lebih 40 orang cedera. Pegawai agensi penyelamat Bali, I Made Krisna Maharta memberitahu, semua yang tercedera dibawa ke tiga buah hospital. 
Rakaman televisyen menunjukkan anggota polis dan penyelamat menggunakan bot getah untuk menyelamatkan mangsa. Sementara sekeping foto daripada saluran TV One pula menunjukkan terdapat satu retakan besar pada badan pesawat yang masih berada di atas air. 
Pengarah Besar Penerbangan daripada Kementerian Pengangkutan, Harry Bakti Gumay menyatakan, pesawat dari Bandung tersebut terlajak daripada landasan, sebelum jatuh ke laut dari ketinggian 50 meter. Punca kejadian masih belum diketahui dan Gumay menegaskan siasatan sedang dijalankan. 
Pegawai hospital menjelaskan sekurang-kurangnya tujuh orang penumpang dibawa ke Hospital Sanglah. Mereka mengalami luka di kepala dan patah tulang. 
"Pesawat sedang mendarat dan akhirnya masuk ke dalam laut. Semua orang menjerit dan panik kerana takut akan mati lemas," kata seorang penumpang, Dewi. - AP / Kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.