|
Letupan menyebabkan gegaran 2.1 magnitud mengakibatkan rumah di kawasan ini rosak teruk |
|
Maria Galvin sedang membersihkan kaca yang pecah kedainya |
|
Anggota bomba sedang melakukan kerja mencari dan menyelamat di runtuhan sebuah pangsapuri |
|
Lagi rumah kediaman yang rosak teruk akibat letupan di kilang baja berdekatan |
|
Para pelajar sekolah berpelukan kerana merasa sedih atas tragedi yang brelaku |
|
Seorang guru membantu mengagihkan air minuman yang didermakan oleh pihak yang bersimpati |
|
Penduduk yang menjadi mangsa letupan kilang baja berkumpul di sebuah padang sekolah |
|
Bas sekolah digunakan untuk memindahkan penduduk dari kawasan berdekatan dengan lokasi letupan |
WASHINGTON - Presiden Barack Obama mengisytiharkan darurat di Texas dalam usaha membantu mangsa menghadapi kesan letupan kilang baja di West.
Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan berkata, pihaknya sedang mengenal pasti kaedah mengurangkan tekanan terhadap penduduk sekitar Texas selepas disahkan kebakaran itu membebaskan gas toksik yang boleh membawa kematian dan penyakit akut.
“Kami berusaha mengurangkan situasi cemas dengan melakukan pemeriksaan kesihatan dan memberi penerangan tentang kesan penyebaran gas itu,” katanya.
Letupan kilang baja pada Rabu lalu, menyebabkan kira-kira 14 maut dan lebih 200 penduduk cedera.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.