|
Sampah yang dibakar meletup menyebabkan kanak-kanak empat tahun maut. Foto: myMetro |
BALING - Seorang kanak-kanak berusia empat tahun terbunuh selepas tubuhnya melecur teruk akibat terkena letupan sewaktu melihat keluarganya membakar longgokan sampah di kuarters Klinik Kesihatan Kuala Ketil, dekat sini.
Kejadian berlaku jam 6 petang kelmarin dan mangsa, Amar Farhan Saiful Azhar yang dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, disahkan meninggal dunia jam 12 tengah hari semalam.
Difahamkan, sebelum kejadian mangsa bersama kembarnya dan kakak mereka berumur enam tahun dikatakan melihat seorang daripada anggota keluarga membakar sampah.
Seorang jiran yang enggan dikenali berkata, tiba-tiba berlaku letupan dan Amar Farhan yang duduk paling dekat dengan longgokan sampah yang dibakar terus disambar api menyebabkan hampir seluruh tubuhnya melecur.
“Saya tidak pasti apa punca letupan itu berlaku, mungkin dalam longgokan sampah itu ada tin mengandungi aerosol yang digunakan untuk menghalau nyamuk atau mungkin juga ada bahan gas lain yang boleh meletup,” katanya. - myMetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.