|
Kubu purba Gonur-Tep di gurun Kara Kum. Foto: AFP |
|
Kubu ini dipercayai wujud sejak 2000 Sebelum Masehi. Foto: AFP |
|
Kubu purba Gonur-Tep dilihat dari udara pada 5 Julai 2004. Foto: AFP |
MARY, Turkmenistan – Sekumpulan ahli arkeologi mencari artifak yang tertanam di sebuah kubu purba di gurun Kara Kum di barat negara ini.
Kubu itu sebeum ini ditemui oleh sekumpulan ahli arkeologi dari Kesatuan Soviet sebelum empayar komunis itu runtuh.
Ahli-ahli arkeologi Soviet itu menemui kubu tersebut pada abad ke-20 yang tertanam di bawah pasir di gurun tersebut.
Bangunan kubu tersebut yang seluas 30 hektar dipenuhi dengan dinding dan terletak 50 kilometer dari bandar purba Mary.
|
Viktor Sarianidi |
Kubu Gonur-Tepe itu terletak di sebuah kawasan penempatan manusia yang wujud kira-kira 2,000 Tahun Sebelum Masihi. Setakat ini, kerja-kerja menggali di kawasan tersebut menemui barang-barang kraf tangan yang dihasilkan pada zaman gangsa.
Seorang ahli arkeologi Rusia, Viktor Sarianidi yang berumur 84 tahun berkata, sebuah objek mozek yang cantik telah ditemui pada tahun ini di kawasan itu. – AFP / Kosmo!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.