Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Khamis, 25 April 2013

Mayat Manusia Atau Alien

Filem dokumentari terbaru Sirius mendedahkan bahawa mayat mumia 15cm yang disangka alien ini sebenarnya adalah manusia

Ahli sains berkata, ujian DNA mendedahkan mayat ini berasal daripada manusia dan bukannya makhluk asing

Perbandingan x-ray janin menunjukkan perbezaan yang luar biasa antara janin manusia dengan x-ray Atacama humanoid

Sampel DNA diambil dari sum-sum tulang dan dianalisis oleh saintis di sebuah universiti berprestij Amerika

Saintis percaya ini ialah rangka manusia yang luar biasa

Namun ia mempunyai sembilan tulang rusuk

Filem Sirius ditayangkan di Los Angeles pada Hari Bumi dan akan dikeluarkan dalam talian dan pawagam terpilih di seluruh dunia

Humanoid ini pertama kali ditemui pada tahun 2003 di Atacama, kawasan padang pasir Chile

Rangka kecil ini menimbulkan persoalan apakah kita patut mempercayai wujudnya alien kerana kepalanya besar dan tubuhnya kecil

Ahli Sains membuat kesimpulan bahawa rangka ini adalah 'mutasi' seorang manusia lelaki yang terselamat selepas  di lahirkan


Sepuluh tahun selepas mayat mumia enam inci yang disangka 'alien' atau makhluk asing yang pertama ditemui, mayat berkenaan disahkan sebagai 'manusia' oleh ahli sains dalam filem dokumentari terbaru, Sirius. 
Sejak mayat humanoid kecil itu - yang dikenali sebagai 'Atacama Humanoid' dan digelar Ata - ditemui di Gurun Atacama Chile 10 tahun yang lalu, terdapat banyak spekulasi mengenai asal-usulnya. 
Terdapat teori mengatakan bahawa tulang berkenaan adalah daripada janin digugurkan, atau monyet, ataupun makhluk asing yang telah mengalami kemalangan semasa mendarat di bumi. 
Bagi peminat UFO yang semakin bertambah, mereka merasa teruja apabila filem Sirius mengumumkan satu kejayaan besar dalam mencari bentuk kehidupan lain, laporan The Huffington Post. 
Rangka kecil itu menimbulkan pelbagai persoalan apakah kita patut mempercayai kewujudan alien kerana mayat itu berkepala besar dengan tubuh badan yang kecil. 
Menurut akhbar tempatan Chile, seorang lelaki bernama Oscar Munoz pada 19 Oktober 2003 telah menemui apa yang beliau anggap sebagai objek yang mempunyai nilai sejarah di La Noria, sebuah bandar hantu di Gurun Atacama. 
Berhampiran sebuah gereja tinggal, Munoz menemui kain putih yang mengandungi 'tulang yang pelik' yang bersaiz lebih kurang 15cm [saiz pen]. Ia adalah makhluk yang mempunyai gigi yang keras dan kepalanya membonjol dengan bonjolan ganjil di bahagian atas. Tubuhnya bersisik dan berwarna gelap. Tidak seperti manusia, ia mempunyai sembilan tulang rusuk. 
Namun dalam dokumentari terbaru Sirius, sampel DNA dari sum-sum tulang diekstrak daripada spesimen, dianalisis oleh ahli sains di sebuah universiti berprestij Amerika. 
Ahli sains membuat kesimpulan bahawa ia adalah satu 'mutasi menarik' seorang manusia lelaki yang terselamat selepas dilahirkan antara enam hingga lapan tahun. 
"Saya boleh mengatakan dengan pasti bahawa ia bukan monyet. Ia adalah manusia - lebih dekat kepada manusia daripada cimpanzi. Ia hidup hingga berumur enam atau lapan tahun," kata Garry Nolan, pengarah biologi sel stem di Sekolah Stanford Universiti Perubatan di California. 
"Jelas sekali, ia bernafas, ia makan dan ia menghadam makanan. Ia menimbulkan persoalan bagaimana besarnya dia semasa dilahirkan." 
"DNA memberitahu cerita dan kita mempunyai teknik-teknik yang membolehkan kita menentukan, dalam tempoh yang singkat, sama ada ia sebenarnya adalah manusia," ujar Nolan yang melakukan ujian DNA, semasa menjelaskan hal itu dalam filem Sirius. 
Di samping itu untuk mengkaji asal-usul Ata, Sirius meneroka subjek UFO dan lawatan ET, pendedahan rahsia fail UFO dan penyiasatan tenaga maju dan teknologi pendorong tamadun tambahan-daratan yang digunakan untuk perjalanan ke Bumi. 
Berdasarkan keterangan yang telah dikumpul sejak 20 tahun lalu oleh doktor dan Projek Pendedahan yang diasaskan oleh Dr Steven Greer, Sirius mendedahkan bagaimana dan mengapa teknologi tenaga ini sedang disembunyikan demi untuk mengekalkan sistem petrokimia semasa. 
Sirius ditayangkan di Los Angeles pada Hari Bumi dan akan dikeluarkan di dalam talian dan ditayangkan di pawagam terpilih di seluruh dunia, bermula pada 22 April. - MailOnline


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.