|
Jake Milarch dari Pertubuhan Archangel Ancient Tree Archive memegang klon anak pokok redwood. Foto: AP |
|
Klon anak pokok redwood di makmal Archangel Ancient Tree Copemish, Michigan, AS. Foto: AP |
|
Pertubuhan Archangel Ancient Tree Archive berharap dapat menanam berjuta-juta pokok klon redwood di seluruh dunia. Foto: AP |
COPEMISH, Michigan - Pokok redwood gergasi akan dipasarkan ke peringkat antarabangsa melalui usaha pengklonan bagi menggalakkan penanaman semula hutan dan menangani perubahan iklim.
Sejumlah anak pokok redwood setinggi 45 sentimeter itu dihasilkan di sebuah makmal di sini bagi tujuan tersebut.
Semua anak pokok itu dihasilkan melalui proses penyalinan genetik tiga batang pokok gergasi yang ditebang di utara California pada lebih tiga abad lalu.
Apa yang menakjubkan, beberapa pucuk baharu masih tumbuh daripada tunggul kayu pokok redwood tersebut. Ini termasuklah sebatang tunggul yang dikenali sebagai Fieldbrook Stump yang berdiameter, 10.7 meter.
Pokok redwood itu dipercayai berusia kira-kira 4,000 tahun.
Pokok tersebut adalah setinggi bangunan 40 tingkat sebelum ia ditebang.
"Ini adalah langkah pertama untuk penghasilan yang lebih banyak," kata Pengasas pertubuhan Archangel Ancient Tree Archive, David Milarch.
Pertubuhan Archangel Ancient Tree Archive yang merupakan sebuah pertubuhan tidak berdasarkan keuntungan telah menerajui projek tersebut dengan melakukan penanaman pokok redwood pada hari Bumi Sedunia di Australia, New Zealand, Britain, Kepulauan Ireland, Kanada, Jerman dan Amerika Syarikat. - AP / Kosmo!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.