|
Ahli-ahli arkeologi bingung selepas menemui mayat pasangan muda yang dikebumikan dengan berpegangan tangan |
|
Mungkinkah ini adalah rangka mayat Romeo dan Juliet dari Romania? |
|
Rangka mayat wanita muda meninggal dunia pada masa yang sama dan dalam keadaan sihat, mungkin patah hati |
|
Adakah pasangan muda itu dikebumikan sama seperti dalam filem Romeo and Juliet lakonan Leonardo DiCaprio dan Claire Danes? |
Ahli-ahli arkeologi yang menggali bahagian dalam sebuah bekas biara Dominican mungkin telah menemui Romeo dan Juliet Romania selepas mendapati rangka mayat pasangan muda itu dikebumikan dengan berpegangan tangan.
Pakar-pakar dari Institut Arkeologi dan Sejarah Seni Cluj-Napoca percaya tapak yang mereka gali adalah tanah perkuburan bekas biara setelah menemui beberapa rangka mayat.
Namun menemui mayat berpegangan tangan adalah mengejutkan kerana pengkebumian sedemikian adalah amat jarang berlaku pada zaman itu.
Seorang penyelidik, Adrian Rusu berkata, "Ia adalah misteri - dan jarang berlaku bagi pengkebumian pada zaman itu.”
"Kami dapat melihat bahawa lelaki itu telah mengalami kecederaan yang teruk dengan pinggul yang patah yang mungkin menyebabkan dia mati. Kami percaya bahawa kecederaan itu disebabkan dia telah dipukul dengan sesuatu yang tumpul dan keras.”
Disebabkan wanita muda itu jelas meninggal dunia pada masa yang sama dan dalam keadaan sihat, beliau membuat andaian bahawa wanita itu mungkin mati disebabkan patah hati kerana kehilangan rakannya.
Rusu menjelaskan bahawa membunuh diri dianggap sebagai dosa pada Zaman Pertengahan dan dia tidak mungkin membunuh diri - dan dia tidak akan dikuburkan bersama-sama, seperti berada di tempat yang suci.
“Mereka jelas telah dikebumikan bersama-sama sebagai satu penghormatan kepada cinta mereka," ujar beliau.
Beliau menganggarkan bahawa kedua-dua mayat berkenaan dikebumikan antara tahun 1450-1550. - Mail Online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.