|
Ron Wilks, 78, bersama anak perempuannya di kubur isterinya yang telah dicemari oleh Clare Burke |
|
Burke menanam bunga mati di pusara isteri Wilks |
|
Burke juga mencampakkan bunga layu ke pusara berkenaan |
|
Rakaman CCTV juga menunjukkan Burke memijak kubur isteri Wilks |
|
Suasana di tanah perkuburan tempat isteri Wilks disemadikan |
|
Clare Burke tidak menunjukkan rasa penyelesalan atas tindakan beliau |
LONDON - Kerana dendam, seorang wanita tua sanggup mencemar pusara isteri seorang lelaki yang pernah melukakan hati temannya.
Perbuatan wanita berusia 78 tahun itu, Clare Burke bagaimanapun terbongkar apabila lelaki terbabit memasang kamera litar tertutup di sebalik pokok berhampiran kubur isterinya.
Ron Wilks, 77, melihat Clare mencampakkan bunga layu dan batu kerikil pada kubur mendiang isterinya, Jill Wilks dan cucunya, Haryley Reynold selepas memasang kamera itu.
Majistret di Cheltenham, semalam diberitahu Clare bertindak mencemar kubur itu kerana berdendam terhadap Wilks.
Dia mendakwa Wilks bertunang dengan seorang wanita yang pernah berpacaran dengan bekas temannya.
Pendakwa raya Sharon Jomaa berkata, video itu merakam perbuatan Clare mencampakkan beg penuh dengan bunga layu dan batu kerikil di atas kubur isteri Wilks.
Dia juga mencabut bunga segar dan menanam pokok yang sudah mati pada pasu di kubur di Coney Hill itu.
Wilks memberitahu mahkamah, dia mengenali Clare ketika bekerja dengan sebuah syarikat kewangan dan Clare pelanggan syarikat itu.
Kerana kesalahannya itu, Clare dikenakan hukuman tertunda selama 12 bulan dan dilarang melawat tanah perkuburan itu.
Wanita itu juga diarah membayar kos ganti rugi berjumlah £100 (RM480).
Ini bukan kali pertama Clare berdepan dengan kes mahkamah. Dia pernah dituduh mengganggu bekas teman lelakinya dengan menghantar poskad mengecop lelaki itu sebagai penagih Viagra dan penipu. - Daily Mail
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.