|
P Ramlee (1929-1972), artis serba boleh, meninggal dunia ketika berusia 43 tahun |
|
Sudirman (1954-1992) penyanyi dan pencipta lagu terkenal meninggal dunia ketika berusia 38 tahun |
|
Ahmad Nawab, komposer dan pemuzik terkenal lahir tahun 1933 kini berusia 80 tahun |
|
Aziz Sattar, pelakon dan pengarah filem terkenal lahir 1925 kini berusia 88 tahun |
|
Mokhtar Dahari (1953 - 1991), pemain bola sepak legenda Malaysia meninggal ketika berusia 38 tahun |
|
Misbun Sidek, pemain badminton terkenal lahir 1960 kini berusia 53 tahun |
|
Prof. Ungku Aziz, ahli akademik ulung Malaysia lahir pada tahun 1922 kini berusia 91 tahun |
|
Dr. Khoo Kay Kim, tokoh akademik terkenal lahir tahun 1937 kini berusia 76 tahun |
LONDON - Kerjaya glamor atau menjadi terkenal di mata masyarakat boleh menjadi punca yang memendekkan hayat seseorang, lapor satu analisis obituari akhbar.
Kajian mendapati, penghibur dan bintang sukan cenderung untuk mati lebih awal berbanding orang lain yang berjaya dalam bidang karier berbeza, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC).
Walaupun penyelidik berkata kajian terbabit tidak memberikan sebarang jawapan muktamad, tetapi ia bertanyakan mengenai soalan menarik mengenai harga kemasyhuran.
Berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam QJM: An International Journal of Medicine, pakar di Australia melihat 1,000 ruangan obituari dalam akhbar New York Times antara 2009 dan 2011.
Kajian berkenaan menunjukkan pelakon, penyanyi, ahli muzik dan mereka yang membina kerjaya dalam bidang sukan dikatakan mati pada usia secara purata 77 tahun.
Penulis, komposer dan artis pula dikatakan mati ketika berusia 79 tahun manakala ahli akademik termasuk ahli sejarah dan ekonomi hidup sehingga 82 tahun. AGENSI / Berita Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.