Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Sabtu, 1 Mac 2014

12 Maut Restoran Meletup Di Qatar






DOHA - QATAR. Sekurang-kurangnya 12 pengunjung sebuah restoran di Qatar maut dan lebih 30 yang lain cedera selepas tangki gas di premis terbabit meletup secara tiba-tiba, semalam. 
Ketua Keselamatan Awam, Saad Jassim al-Khleifi berkata, mangsa maut kebanyakan adalah warga Asia dan Arab Saudi. 
"Letupan itu sangat kuat dan memusnahkan keseluruhan restoran yang bersambung dengan pusat beli belah. Letupan juga menyebabkan sisa runtuhan terpelanting 50 meter dari lokasi kejadian," katanya dalam laporan AFP. 
Menurutnya, punca kejadian disebabkan tangki gas dipercayai terbakar sebelum meletup. - Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.