Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Khamis, 13 Mac 2014

Filem Noah Dikutuk Umat Islam Dan Kristian

Filem epik Hollywood, Noah, dikutuk oleh umat Islam dan Kristian

 Nuh, digambarkan telah membina sebuah bahtera (gambar) untuk menyelamatkan manusia dan haiwan daripada banjir besar

Ulamak al-Azhar di Kaherah, Mesir telah mengeluarkan fatwa tentang pengharaman filem Noah

Russell Crowe melakon watak Nabi Nuh dalam filem Noah


LOS ANGELES - Filem epik Hollywood mengenai perahu ‘Nabi Nuh’ berjaya menyatukan penganut agama Islam dan Kristian. 
Kedua-dua kumpulan itu mengutuk filem Noah yang diterbitkan dengan kos AS$ 75 juta (RM246.7 juta). 
Filem berkenaan sudah diharamkan di tiga negara Arab - Qatar, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu - selepas ulama di negara terbabit mendapati ia menghina Islam. 
Beberapa negara lain dijangka turut mengharamkan filem berkenaan. 
Di AS pula, penganut Kristian juga berasa terganggu dengan paparan ‘Nabi Nuh’ yang digambarkan pengarahnya, Darren Aronofsky sebagai “terlalu gelap.” 
Sebelum ditayangkan, penerbit terpaksa mengadakan tayangan percubaan - ketika pembikinannya belum pun lengkap - bagi mendapat reaksi penonton secara umum. 
Wakil gereja Australia berkata, jika seseorang mengharapkan paparan kisah itu sama seperti ditulis pada Bible, mereka akan kecewa. 
“Ada kemungkinan penganut Kristian berasa terhina,” katanya. - Agensi/myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.