Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Jumaat, 21 Mac 2014

Akuarium Disney World Pecah

Sebuah akuarium di restoran T-Rex Cafe dalam taman air Disney World Florida pecah

T-Rex Cafe terletak di Downtown Disney, merupakan sebahagian daripada kompleks membeli-belah Disney World Resorts

Kejadian itu mencetuskan suasana kelam-kabut di premis berkenaan


BUENA VISTA, Florida - Sebuah akuarium di restoran T-Rex Cafe dalam taman air Disney World Florida di sini pecah menyebabkan sejumlah pelanggan basah kuyup, lapor akhbar New York Daily kelmarin. 
Bagaimanapun, semua hidupan laut di dalam akuarium besar itu dapat diselamatkan manakala para pengunjung restoran berkenaan juga tidak cedera. 
Seorang saksi kejadian, Kate Wallace, 28, menyatakan, kejadian itu mencetuskan suasana kelam-kabut di premis berkenaan. 
Terdapat juga segelintir pengunjung yang hanya memerhatikan akuarium itu pecah sambil merakam gambar insiden tersebut yang berlaku pada Isnin lalu. - Agensi/Kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.