Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Selasa, 25 Mac 2014

Wanita Hilang Ditemui Berdekatan Rumahnya

Wendy Richards, 43, yang sering berjalan dalam tidur hilang selama 22 jam dengan hanya memakai baju tidur

Rumah Wendy Richards di Stretton, Burton-upon-Trent. Beliau ditemui tidak jauh dari rumahnya

Kereta polis berada dekat rumah Wendy


LONDON - Pihak polis semalam melancarkan usaha besar-besaran mencari seorang wanita yang sering jalu (berjalan dalam tidur) selepas dia hilang selama 22 jam dengan hanya memakai baju tidur. 
Wendy Richards, 43, keluar dari rumahnya dalam keadaan lena di Stretton, Burton-upon-Trent jam 9.30 malam sebelum ditemui polis Staffordshire pada jam 8.30 malam berikutnya berdekatan rumahnya. 
Ketika ditemui, Wendy memakai baju biru dan jubah tidurnya. 
Dia diberikan pemeriksaan kesihatan, namun dilaporkan sihat walaupun mengadu kesejukan. 
Jurucakap polis berkata, Wendy sering berjalan ketika tidur akibat masalah kesihatan dialaminya. 
“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu kami mencari wanita ini,” katanya. 
Menurutnya, pihaknya bimbang dengan keadaan Wendy, malah tidak menolak kemungkinan kejadian itu akan berulang. 
Ini bukan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku. Mac tahun lalu, seorang wanita hilang hampir 24 jam Mac tahun lalu selepas dipercayai memanjat tingkap dapurnya dalam keadaan tidur. 
Joy Grigg, 50, dikesan hilang oleh suaminya Richard pada awal pagi dan hanya ditemui hampir 24 jam, lebih 19 kilometer dari rumahnya.- Agensi/myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.