Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Jumaat, 7 Mac 2014

Tak Sayang Nyawa Sendiri

Mulut berbuih

Polis memeriksa mayat mangsa bunuh diri. Foto: myMetro

Suasana di rumah mangsa. Foto: myMetro

ALOR GAJAH - Seorang wanita ditemui mati di bilik air rumahnya dalam keadaan mulut berbuih selain terdapat serpihan tali terlilit di lehernya di Taman Bandar Baru, Masjid Tanah, dekat sini, petang kelmarin. 
Mayat Chock Sook Leng, 47, ditemui suaminya yang pulang ke rumah untuk melakukan pemeriksaan selepas isterinya tidak menjawab panggilan telefon kira-kira jam 6.30 petang sebelum memaklumkan kepada polis. 
Harian Metro difahamkan, setibanya di rumah, suami mangsa berusia lewat 40-an memanggil nama isterinya namun tidak berjawab sebelum menemui mayat wanita itu di bilik air. 
Sumber berkata, melihat keadaan isterinya yang lemah dan tidak sedarkan diri, suami mangsa berlari ke luar sambil menjerit meminta pertolongan daripada jiran berdekatan. 
“Mangsa dipercayai mengalami kemurungan sejak beberapa hari lalu bertindak meminum sejenis racun sebelum wanita itu mengambil tali dan menggantung dirinya. Bagaimanapun, tali berkenaan putus menyebabkannya jatuh telentang di lantai bilik air. 
“Mangsa mempunyai dua anak yang masih menuntut di universiti tempatan berusia awal 20-an. Difahamkan dia seorang yang baik hati dan mesra dengan jiran tetangga,” katanya di sini, kelmarin. - myMetro 
Cari saya bawah pokok

Mayat Zulkifli ditemui tergantung pada sebatang pokok.

KOTA KINABALU - “Kalau anak dan ahli keluarga mahu menemui saya...cari saya di bawah pokok di atas bukit kecil di tepi Jalan Sulaman berhampiran restoran makanan segera.” Itulah nota pesanan dihantar seorang lelaki melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada anak dan adik beradiknya sebelum membunuh diri, malam kelmarin. 
Mayat mangsa Zulkifli Tinggal, 44, dari Kampung Contoh Suang Parai Menggatal, dekat sini, ditemui mati tergantung di sebatang pokok oleh seorang saudaranya Reedy Ruzel, 23, jam 9 malam, sebelum menghubungi polis. 
Difahamkan, tangan kiri mangsa turut ada kesan kelar dipercayai sebelum membunuh diri Zulkifli terlebih dulu mengelar tangannya menggunakan benda tajam sebelum menggantungkan diri. 
Menurut Reedy, sebelum kejadian, mangsa (Zulkifli) ada menemuinya dan memaklumkan hendak keluar jam 6 petang. 
“Ketika hendak keluar, Zulkifli meminta maaf jika ada melakukan kesalahan dan jika hendak menemuinya...Zulkifli memberitahu supaya mencarinya di atas bukit kecil di tepi Jalan Sulaman berhampiran restoran makanan segera. 
“Pada jam 7.30 malam, Zulkifli menghantar SMS kepada saya dan ahli keluarga lain mengatakan “Kalau anak dan ahli keluarga mahu menemui saya...cari saya di bawah pokok di atas bukit kecil di tepi Jalan Sulaman berhampiran restoran makanan segera. 
“Kami ingatkan Zulkifli bergurau dan tidak mengambil berat dengan SMS dihantarnya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, malam kelmarin. - myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.