Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Selasa, 25 Mac 2014

Komuter Rempuh Platform Dan Eskalator

Sebuah komuter merempuh platform dan eskalator di stesen tren bawah tanah di Lapangan Terbang Antarabangsa O'Hare

Tren ini dipercayai bergerak dengan laju semasa ia merempuh platform dan eskalator

Stesen komuter ditutup dan pekerja penyelenggaraan memulakan kerja membaiki kerosakan


CHICAGO, Amerika Syarikat - Sebuah komuter merempuh platform dan eskalator di stesen tren bawah tanah di sini semalam, kata beberapa pegawai. 
Seramai 32 orang cedera dalam kejadian yang berlaku di stesen tren tersebut di Lapangan Terbang Antarabangsa O'Hare. 
Punca kejadian masih disiasat Pihak Berkuasa Transit Chicago, Jabatan Bomba dan polis. 
Tren itu dipercayai bergerak dengan laju semasa ia merempuh platform dan eskalator. 
Bilangan penumpang yang menaiki tren dalam kejadian yang berlaku pada pukul 2.50 pagi waktu tempatan itu masih belum diketahui. - AP/Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.