Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Isnin, 17 Mac 2014

Penjara Di Britain Kini Sesak

Keadaan di dalam sebuah penjara di Britain. Foto: PressTV

Daripada lebih 85,000 kemudahan penjara di seluruh England dan Wales, hanya 265 punya ruang

Penjara di Britain sesak selepas kerajaan menutup beberapa penjara negeri. Foto: The Guardian

LONDON - Britain sedang berdepan krisis paling teruk membabitkan ruang penjara sejak tahun 2008 apabila pusat tahanan hanya mempunyai satu peratus ruang untuk menampung penjenayah. 
Pakar penjara berkata kelmarin daripada lebih 85,000 kemudahan penjara di seluruh England dan Wales hanya 265 punya ruang. Angka itu adalah yang tertinggi sejak kerajaan campuran mengambil alih pentadbiran empat tahun lalu. 
“Keadaan semasa di penjara yang sesak boleh membawa kepada rusuhan dan menghalang pemulihan di pusat tahanan,” kata pakar. Mereka juga menuduh pihak berkuasa keadilan United Kingdom, terutama Setiausaha Keadilan Chris Grayling, membayar 14 penjara yang dikendalikan sektor swasta untuk menyumbat lebih banyak tahanan ke dalam sel. 
Firma pengurusan penjara sektor swasta ini termasuk Serco dan G4S, dua syarikat perkhidmatan sokongan yang mengenakan caj berlebihan kepada kerajaan Britain membabitkan “berpuluh juta pound” bagi memantau tag elektronik yang sebenarnya tidak wujud. 
Pengkritik berkata krisis kesesakan di penjara Britain sudah meningkat dua kali ganda selepas pihak berkuasa menutup beberapa penjara negeri dalam usaha untuk mengurangkan bajet. 
Setiausaha Agung Persatuan Penjara, Padi Scriven, berkata pasti timbul tanda tanya yang jelas apabila sebuah penjara ditutup secara tergesa-gesa, sambil menambah bahawa ia dianggap "politik yang tidak boleh diterima" untuk menutup penjara menjelang pilihan raya umum di United Kingdom. 
Pembangkang utama Parti Buruh Britain menuduh Grayling “tidak bertanggungjawab”, sambil menambah masa depannya akan “bersifat sementara.” 
“Dalam 14 daripada 22 minggu yang lalu, termasuk tujuh minggu secara berturut-turut, pihak penjara sudah mencecah tahap satu peratus daripada kapasitinya,” kata Parti Buruh. - AGENSI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.