Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Isnin, 3 Mac 2014

Polis Buru Penyerang Berpisau

Polis memburu lima penyerang yang membunuh 29 orang dengan menggunakan pisau di stesen kereta api Kunming, Yunnan

Pembunuhan dilakukan oleh 10 penyerang yang disyaki gerila pemisah etnik Uighur di Stesen Kereta Api Kun Ming Zhan

Mangsa-mangsa yang terbunuh

Anggota polis mengawal lokasi pembunuhan di sebuah stesen kereta api di Kunming semalam

Lokasi wilayah Kunming yang sering menjadi destinasi pelancongan rakyat Malaysia


BEIJING - Polis semalam memburu lima penyerang yang bertanggungjawab membunuh 29 orang dalam serangan yang menggunakan pisau di sebuah stesen kereta api di Kunming, Yunnan kelmarin. 
Satu siasatan mendapati lebih 10 orang penyerang itu merupakan golongan gerila pemisah etnik Uighur. 
Pendedahan itu dibuat agensi berita Xinhua. 
Kebanyakan etnik Uighur menetap di wilayah autonomi Xinjiang di barat daya China. 
Wilayah itu mengandungi 21.8 juta penduduk. 
Menurut portal berita CCTC News Channel, polis menembak mati tiga orang lelaki dan seorang wanita dalam kejadian tersebut. 
"Saya mendengar orang ramai menjerit dan menyatakan terdapat orang yang telah ditikam," kata seorang pengguna di stesen kereta api tersebut kepada Xinhua. 
"Saya berasa panik dan orang ramai melarikan diri. Saya menghubungi polis selepas saya berlari beberapa ratus meter. Namun, seorang rakan sekelas saya mengalami kecederaan," tambahnya. 
Seorang pengguna laman media sosial Sina Weibo menyatakan, para penyerang itu memperoleh latihan khas semasa melakukan serangan tersebut berdasarkan cara mereka melakukan serangan. - dpa/Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.