Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Sabtu, 1 Mac 2014

Polis China Selamatkan 382 Bayi Daripada Dijual

Sebahagian daripada 382 bayi yang berjaya diselamatkan polis daripada sindiket jual bayi

Seorang doktor, Zhang Shuxia, 55, dari wilayah Shaanxi, barat daya China didapati bersalah menjual bayi


BEIJING - Polis China menahan 1,094 orang dan menyelamatkan 382 bayi dalam operasi di seluruh negara untuk mematahkan empat sindiket penyeludupan bayi dalam talian, lapor media negara itu semalam. 
Aktiviti penyeludupan kanak-kanak berleluasa di China ekoran undang-undang kawalan penduduk menggalakkan permintaan untuk anak lelaki yang dianggap akan membantu ibu bapa semasa tua dan sebagai pewaris nama keluarga. 
Tanggapan masyarakat itu juga menyebabkan banyak kes pengguguran bayi dan membuang bayi perempuan berlaku. 
Kira-kira 118 bayi lelaki dilahirkan untuk setiap 100 bayi perempuan di China yang memiliki penduduk paling ramai di dunia. 
Ketidaksamaan itu mewujudkan permintaan tinggi untuk bayi lelaki yang diculik atau dibeli di samping bayi perempuan untuk memperoleh hantaran perkahwinan lumayan apabila mereka dewasa kelak. 
"Penyeludup kanak-kanak kini menggunakan modus operandi dalam talian dengan bertopengkan 'pengambilan anak angkat secara tidak rasmi' menurut agensi berita Xinhua yang memetik kenyataan seorang pegawai polis. 
"Mereka amat licik," tambahnya. 
Penyeludup-penyeludup bayi itu menggunakan laman web dengan nama seperti Rangkaian Anak Yatim China bagi mengabui mata pihak berkuasa dan menjadikan mereka lebih sukar untuk dikesan. 
Dalam satu artikel berasingan, Xinhua memberi amaran kepada ibu bapa supaya berhati-hati terhadap penculik yang mungkin menyamar sebgai jururawat di hospital-hospital atau menunggu di luar pintu pagar sekolah untuk melarikan anak mereka. 
Pada bulan lalu, sebuah mahkamah China menjatuhkan hukuman mati tertangguh terhadap seorang doktor yang menjual tujuh orang bayi kepada sindiket penyeludupan manusia dalam kes yang membangkitkan kemarahan orang ramai. 
Doktor berkenaan Zhang Shuxia, 55, dari wilayah Shaanxi, barat daya China didapati bersalah menjual bayi-bayi tersebut pada harga 21,600 yuan (RM11,800) setiap seorang antara tahun 2011 hingga 2013. - Reuters/Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.