Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Rabu, 14 November 2012

Telefon Baru Google Habis Dijual



SAN FRANCISCO: Telefon pintar terbaru keluaran Google habis dijual di beberapa negara dalam tempoh sejam selepas dilancarkan, hari ini. 
Telefon Nexus 4 yang dihasilkan oleh syarikat LG Electronics, Korea Selatan boleh dibeli secara online menerusi Play shop Google habis dijual dan notis dihantar kepada pelanggan menerusi e-mel sekiranya unit lain akan dijual. 
"Minat mendalam diberikan terhadap stok model Nexus di beberapa negara," kata Nexus. - AFP
_______________________________________________________________________

Apa macam? khabarnya... jualan untuk versi 8 Gb ... harganya US$299... atau RM900... untuk versi 16 Gb pula... harganya US$345... atau RM1050! 
Dilengkapi dengan pemproses 1.5 Ghz empat teras... kamera 8 megapixel... dan RAM 2 Gigabyte! 
Nak beli sekarang... atau tunggu dulu harganya turun? 
Terpulang... sama ada dia keperluan... atau kemahuan! 
Kalau anda baru beli telefon semalam... hari ni dah nak beli pula telefon baru ni... jelaslah anda kurang bijak... walaupun anda hendak membeli telefon pintar... sebab itu satu kemahuan... bukan keperluan!
Tapi jika telefon yang anda guna sekarang... bukan jenis android... dibeli pula tiga tahun yang lalu... duit pula berlebihan... dah tak tahu nak buat macam mana dengan duit yang banyak tu... eloklah beli telefon pintar ni. 
Tapi jangan lupa... ini produk keluaran syarikat LG Korea Selatan... 
Hebatnya Korea! 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.