Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Isnin, 12 November 2012

Gempa Bumi Di Myanmar

Pemandangan di bandar Kyauk Maung selepas gempa.

Jembatan runtuh di Kyauk Maung

YANGON, Myanmar - Sekitar 12 orang dikhuatiri terbunuh dan 16 yang lain cedera apabila satu gempa bumi kuat menggegarkan bahagian utara Myanmar semalam. 
Gegaran yang berpusat dekat bandar Shwebo mengakibatkan sebuah jembatan dan sebuah lombong emas runtuh. 
Bencana itu turut merosakkan beberapa struktur pagoda lama. 
Namun, tiada kecederaan atau kemusnahan besar dilaporkan di bandar kedua terbesar di Myanmar, Mandalay yang terletak dekat Shwebo. 
Mandalay terletak sekitar 117 kilometer ke selatan pusat gempa berkenaan. 
Seorang pegawai Meteorologi Myanmar berkata, gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter itu berlaku pada 7.42 pagi waktu tempatan.
_______________________________________________________________________

Jika diamati, negara kita dikelilingi oleh kejadian gempa bumi yang kerap berlaku negara-negara jiran iaitu Indonesia, Filipina dan terbaru, di Myanmar.
Semenanjung Malaysia berdekatan dengan pusat gempa yang berlaku di Sumatera (Indonesia) dan Myanmar. Sabah berdekatan dengan pusat gempa yang berlaku di Mindanao (Filipina). Sarawak pula berdekatan dengan pusat gempa yang berlaku di Jawa (Indonesia). 
Oleh itu, kita patut bersyukur kepada Tuhan kerana negara kita tidak ditimpa musibah seperti itu. Kita patut bersyukur dengan berbuat lebih banyak kebaikan dan menjauhi segala perbuatan yang tidak baik. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.