|
Mayat Madang Sengkala yang dibunuh oleh anak bongsunya di Rumah Panjang Sabang, Sungai Suai, Miri. Foto: myMetro |
MIRI – Hanya kerana memarahi menantu perempuannya tidak memasak, seorang lelaki maut akibat kepalanya dihentak ke dinding berulang kali oleh anaknya sendiri di Rumah Panjang Sabang, Sungai Sawai, Suai dekat sini semalam.
Dalam kejadian pukul 1 petang itu, mangsa, Madang Sengkala, 52, dikatakan bertengkar dengan anak bongsunya setelah menegur menantunya yang tidak menyediakan hidangan tengah hari.
Menurut anak sulung mangsa yang enggan dikenali, pada kejadian itu, bapanya turut dicekik sebelum adiknya berusia 26 tahun itu bertindak ganas menghentak kepala mangsa berkali-kali ke dinding tanpa belas kasihan.
Katanya, dia cuba menghalang perbuatan adiknya itu tetapi tidak berjaya.
Ujarnya, selepas itu bapanya tidak sedarkan diri.
“Beranggapan bapa hanya pengsan, saya membiarkan dia terbaring.
“Lebih kurang enam jam kemudian, selepas mendapati bapa masih tidak sedarkan diri, saya memeriksa keadaannya dan mendapati dia telah meninggal dunia pada pukul 7.30 malam.
“Selepas itu, saya dan penduduk kampung melaporkan kejadian tersebut kepada polis,” katanya semalam. - Kosmo!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.