Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Jumaat, 8 Mac 2013

Sedikit Info Tentang Jamalul Kiram III

Jamalul Kiram III mendakwa dirinya adalah Sultan Sulu. Foto: KL Today

Jamalul Kiram III pernah bertanding jawatan Senator Filipina pada tahun 2007 tetapi tewas. Foto: philstar

Jamalul Kiram III mengaku sebagai sultan paling miskin di dunia. Foto: theborneopost

Kini, Jamalul Kiram III juga sudah uzur. Foto: themalaysianinsider

Jamalul Kiram III tinggal di sebuah rumah dua tingkat di Taguig City, selatan Manila. Foto: Washingtonpost


Jamalul Kiram III dilahirkan di Sulu pada tahun 1938, iaitu dua tahun selepas Sultan Jamalul Kiram II, Sultan Sulu mangkat tanpa meninggalkan waris pada tahun 1936. Jamalul Kiram III bukan putera atau keturunan Sultan Jamalul Kiram II. 
Semasa mudanya, Jamalul Kiram III pernah bekerja sebagai penyiar radio di sebuah stesen radio. Beliau menggemari permainan sukan tenis. 
Jamalul Kiram III juga mengaku sering datang ke Sabah semasa beliau masih muda. Ketika berada di negeri itu, beliau merasakan seperti berada di kampung halamannya sendiri. 
Jamalul Kiram III pernah menyertai pilihan raya dan bertanding jawatan Senator Filipina pada tahun 2007 dengan sokongan bekas Presiden Gloria Macapagal Arroyo, tetapi kalah. Kiram dikatakan banyak menghabiskan hartanya untuk kempen pilihanraya tersebut. 
Pada masa ini Jamalul Kiram III hanya tinggal di sebuah rumah dua tingkat di Tuigig City, selatan Manila, Filipina. 
“Saya adalah sultan paling miskin di dunia ini,” ujar beliau yang dipetik oleh Associated Press.
Jamalul Kiram III kini sebenarnya tidak memiliki apa-apa selain mempunyai para pengikut setia, yang ketika ini sedang menggadai nyawa di negeri Sabah. 
Pada ketika ini, Jamalul Kiram III tidaklah begitu sihat. Beliau menghidapi penyakit buah pinggang dan penyakit jantung. Selain itu beliau juga menghadapi kesukaran untuk bercakap. Bayaran untuk rawatan penyakit beliau agak tinggi sehingga menyebabkan keluarga Kiram dikatakan tidak mampu membayar cukai rumah. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.