Seorang ibu berlari sambil mengendong anaknya untuk menyelamatkan diri
Sekumpulan penduduk berpindah ke tempat yang selamat
Pasukan penyelamat berusaha menyelamat mangsa di bandar Qingren pada hari sabtu
Seorang mangsa gempa yang lumpuh sebelah badan sedang diselamatkan
Rumah penduduk runtuh akibat gempa
Gambar dari udara menunjukkan rumah penduduk yang rosak akibat gempa
Petugas hospital di Chengdu, ibu negeri Sichuan bertungkus-lumus merawat mangsa gempa bumi
Lagi rumah penduduk runtuh di kampung Gucheng
Penduduk tempatan tidur di tempat terbuka
Sekumpulan kanak-kanak mangsa gempa sedang berehat
BEIJING - Angka kematian akibat gempa bumi kuat yang melanda barat daya Wilayah Sichuan China, meningkat kepada 180, dengan kira-kira 11,227 orang lagi cedera, kata Kementerian Hal Ehwal Awam China hari ini.
Kira-kira 24 orang lagi dilaporkan hilang, katanya.
Gempa bumi berukuran 7.0 itu menjejaskan lebih 1.5 juta penduduk di kawasan berkenaan, lapor agensi berita Xinhua memetik Kementerian Hal Ehwal Awam sebagai berkata.
Lapan bangunan runtuh dan kira-kira 400 bangunan rosak di kawasan perbandaran Chongqing, manakala 900 bangunan rosak di Wilayah Yunnan, katanya.
Sejumlah 1,097 gegaran susulan dilaporkan selepas gempa bumi itu, dengan tiga daripadanya dalam julat kekuatan 5.0 hingga 5.9.
Perdana Menteri China Li Keqiang tiba di zon terjejas di Sichuan tengah hari Sabtu dengan helikopter bagi meninjau sendiri kerja-kerja menyelamat.
Gempa bumi melanda Lushan di Ya'an City di wilayah itu pada 8.02 pagi (waktu yang sama di Malaysia, lapor Xinhua, memetik Pusat Rangkaian Gempa Bumi China.
Ya'an terkenal kerana ia merupakan kediaman panda. - Bernama










Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.