Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Jumaat, 19 April 2013

FBI Keluarkan Gambar Suspek Letupan Bom Di Boston

Agen FBI Richard DesLauriers menunjukkan imej dua suspek dalam siasatan mereka pada sidang akhbar yang dramatik

Pihak media semasa sidang akhbar di Boston

Suspek pertama (kiri) dan kedua (belakang kanan) yang dikehendaki untuk disoal siasat berhubung letupan bom di Boston

Wajah suspek pertama

Wajah suspek kedua


BOSTON - Para penyiasat Amerika Syarikat kelmarin berjaya mengesan seorang suspek yang mungkin meletakkan sebutir bom buatan sendiri semasa pertandingan Maraton Boston berlangsung di sini pada Isnin lalu. 
Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat setakat ini. 
Imej itu dirakamkan menerusi sebuah kamera keselamatan. 
Menurut seorang pegawai penguat kuasa undang-undang kepada agensi berita AFP, terdapat imej seorang individu dalam rakaman itu yang meletakkan bom itu.
Beliau berkata, para penyiasat kini berusaha untuk mengenal pasti identiti individu itu. 
Akhbar Boston Globe melaporkan, imej suspek berkenaan yang dirakamkan itu menunjukkan dia meletakkan bom tersebut. 
Beberapa media lain menyatakan, terdapat imej yang menunjukkan suspek tersebut berlari manakala sejumlah orang lain terjatuh semasa letupan itu berlaku. 
Dua butir bom meletup dekat garisan penamat dalam kejadian yang menyebabkan tiga orang mati dan 180 lagi cedera. - Agensi / Kosmo!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.