Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Rabu, 24 April 2013

Penapis Air Guna Teknologi Nasa

Botol penapis air ini diuji dengan menggunakan Coca Cola

Botol air ini berserta penapisnya dibangunkan dengan menggunakan teknologi NASA

Coke yang keluar dari botol penapis yang dicurahkan ke dalam gelas bertukar menjadi jernih

Namun airnya rasa 'manis' kerana kegunaannya untuk menapis air, bukan menapis minuman lain 

Sistem penapisan yang digunakan untuk bekas air plastik ini diilhamkan daripada teknologi Nasa


Botol air plastik ini dilengkapi dengan sistem penapisan inspirasi-Nasa yang begitu kuat dan boleh menukarkan cola menjadi jernih dan tidak berwarna, dakwa pengeluarnya. 
'Penapis botol air canggih OKO' ini menarik kerana teknologi asalnya dibangunkan oleh NASA untuk memastikan peminum menghirup air 'tulen, segar dan bersih'. 
Rakaman video menunjukkan botol diuji dengan memasukkan Coca Cola yang berwana coklat, selepas itu dicurahkan keluar melalui penapis khas, menjadi sama seperti air. 
Pengeluar menggunakan video yang menunjukkan kesan penapis pada cola di laman web, tetapi penguji untuk rocketnews24.com mengambil keputusan untuk menyemak keputusan untuk dirinya sendiri. 
Rakaman eksperimen menunjukkan bagaimana ujicuba menggunakan botol menunjukkan hasil yang sama seperti sebelumnya. 
"Aliran pertama cecair benar-benar tidak berwarna, tetapi kemudiannya menjadi perang apabila saya terus mencurahkannya," kata laporan itu. 
"Saya agak kecewa bahawa ia tidak benar-benar tidak berwarna."
"Saya hirup dan sekali lagi kecewa apabila mendapati ia tidak tawar," kata penguji, yang menambah bahawa dia merasakan air itu 'seperti air gula’. 
Eksperimen Coca Cola pada laman web OKO itu bertujuan menggambarkan keberkesanan botol, yang direka untuk menapis air, bukan minuman lain. 
Bekas air yang mesra alam terdapat dalam tiga tahap penapisan yang berbeza. 
Penapis tahap-1 berasaskan karbon dan direka untuk mengurangkan klorin dan bau daripada air paip. 
Penapis tahap-2 mengandungi lebih daripada 400 liang kecil dan menggunakan proses elektro-penyerapan bercas positif untuk memerangkap agen berbahaya ketika air melaluinya. 
Menurut pengilang, caj diaktifkan apabila terkena air hampir menutup liang kepada mana-mana ejen penceroboh. "Menggunakan ion perak bina dalam, bahan yang membunuh bakteria apabila terkena," menurut laman web OKO. 
Penapis tahap ketiga direka untuk rawatan elemen air dalam jumlah yang besar di persekitaran yang ekstrem. Penapis tahap-3 tidak boleh dibeli di pasaran runcit. - MailOnline

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.