Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Isnin, 22 April 2013

Rakyat Malaysia Maut Kemalangan Di Thailand








GEORGETOWN - Dua rakyat Malaysia terbunuh selepas terbabit dalam satu kemalangan ketika menghadiri upacara keagamaan di Nakkorn, Thailand, petang Sabtu lalu. 
Difahamkan, mangsa seorang wanita dan seorang lelaki namun identiti kedua-duanya masih belum diketahui. 
Mayat wanita terbabit dihantar pulang ke rumahnya di Butterwoth, di sini manakala mayat lelaki pula yang dipercayai pemandu van dibawa pulang ke Parit Buntar, Perak. 
Maklumat yang diterima mengatakan van itu dinaiki dua keluarga seramai 13 orang dan mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Nakkorn. 
Difahamkan, semua mangsa berkunjung ke negara itu setiap tahun untuk menghadiri upaca keagamaan di negara berkenaan. 
Lima penumpang yang mengalami kecederaan parah termasuk seorang kanak-kanak berusia lapan tahun kini berada di Hospital Loh Guan Lye untuk menerima rawatan. - myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.