Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Khamis, 11 April 2013

Sekitar Banjir Kilat Di KL Semalam

Keadaan di Jalan Raja Chulan berdekatan Muzium Telekom semalam: Foto: Yusof Mat Isa BH

Beberapa buah kereta terperangkap di jalan raya akibat banjir kilat. Foto: Yusof Mat Isa BH

Kereta terperangkap di Jalan Raja Chulan. Foto: Yusof Mat Isa BH

Kawasan berdekatan Masjid Jamek ditenggelami air. Foto: Omak Kau

Air deras menggantikan pergerakan kereta yang bertali-arus di jalan raya. Foto: Omak Kau 

Kereta ditenggelami air di Jalan Kia Peng

Hujan lebat hanya sejam tetapi beberapa kawasan di sekitar  KL ditenggelami air. Foto: Omak Kau

Kenderaan yang melalui terowong Jalan Tun Razak terpaksa melalui lorong sebelah kiri ekoran banjir kilat: Foto Bernama

Keadaan di Jalan Tun Razak. Foto: yastro.net



KUALA LUMPUR - Hujan lebat selama sejam yang melanda Lembah Kelang sejak 5.30 petang, menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir kilat. 
Antara kawasan yang terjejas termasuk Jalan Tun Razak, Jalan Parlimen, Jalan Duta, Jalan Pudu, Jalan Cheras Lama, Jalan Chan Sow Lin dan Jalan Segambut. 
Jurucakap Bilik Gerakan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata hujan lebat dan banjir kilat itu menyebabkan keadaan trafik sekitar ibu negara sesak teruk di beberapa laluan utama. 
"Antara jalan yang mengalami kesesakan teruk adalah Jalan Tun Razak, Jalan Duta, Jalan Mahameru, Jalan Kuching dan Lebuhraya Persekutuan," katanya ketika dihubungi Bernama. 
Beliau berkata sehingga kini, terdapat satu laporan membabitkan pokok tumbang di pekarangan parkir Masjid Negara dan pihak bomba serta petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sedang mengalihkan pokok berkenaan. 
Katanya, tiada laporan kemalangan jiwa dilaporkan dan pemantauan kini dilakukan di beberapa kawasan yang dilanda banjir kilat. 
Jurucakap itu turut menasihatkan orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga dan segera melaporkan kepada pasukan keselamatan jika kawasan rumah mereka dilanda banjir kilat. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.