Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Isnin, 22 April 2013

Kereta Dipandu Pelajar Memandu Rempuh Pasar Mini

Perodua Kancil dipandu wanita berusia 36 tahun merempuh pasar mini di stesen minyak akibat tertekan pedal minyak


JITRA - “Saya terdengar bunyi kesan brek kuat sebelum Perodua Kancil dipandu seorang wanita belajar memandu merempuh cermin pasar mini di stesen minyak hingga menyebabkan seorang pelanggan membeli minuman cedera. 
“Bagaimanapun, saya bersyukur pelanggan lain sempat menyelamatkan diri, sedangkan saya dan seorang lagi pekerja wanita di kaunter tergamam melihat kejadian di depan mata,” kata Zamri Sharif. 
Zamri, 56, yang juga pekerja stesen minyak itu berkata, pelanggan lain yang berada dalam pasar mini di stesen minyak itu bernasib baik apabila rak makanan diletakkan di situ menghalang kereta berkenaan merempuh orang lain. 
“Jika tidak sudah tentu perkara buruk berlaku,” katanya. 
Dalam kejadian jam 2.45 petang semalam, Perodua Kancil dipandu wanita berusia 36 tahun merempuh pasar mini stesen minyak itu akibat tertekan pedal minyak. 
Ketika kejadian, tenaga pengajarnya, Zamri Abdul Rahman, 48, membayar duit di kaunter dalam premis berkenaan dan terkejut apabila melihat kereta dipandu pelajarnya tiba-tiba merempuh cermin pasar mini itu. - myMetro


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.