Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Selasa, 9 April 2013

Bekas PM Margaret Thatcher Meninggal Dunia

Margaret Thatcher semasa meninggalkan hospital pada bulan November 2010

Thatcher di samping suaminya, Denis, semasa majlis hari jadi beliau pada tahun 1985

Thatcher selepas bersara pada tahun 1990

Thatcher dizaman kegemilangannya

Thatcher ketika berusia 33 tahun di samping dua anaknya, Mark dan Carol

Saat gembira Thatcher bersama suami dan anak-anaknya


LONDON – Bekas Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher meninggal dunia pada usia 87 tahun semalam selepas beliau diserang strok, kata seorang jurucakapnya, Tomoty Bell. 
Bell berkata, dua anak Thatcher, Mark dan Carol mengumumkan kematian ibu mereka itu yang meninggal dunia pada waktu pagi. 
Perdana Menteri Britain, David Cameron memendekkan lawatannya ke Sepanyol ekoran kematian Thatcher. 
“Ia merupakan sesuatu yang amat menyedihkan apabila saya mengetahui kematian Thatcher. 
“Kami kehilangan seorang pemimpin yang hebat, seorang perdana menteri yang hebat dan seorang warga Britain yang hebat,” katanya menerusi Twitter. 
Cameron merupakan anggota parti Konservatif yang juga dianggotai Thatcher. 
Pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II turut melahirkan perasaan sedih ekoran kematian bekas Perdana Menteri itu.
Menurut ratu tersebut, baginda akan menyampaikan mesej peribadi kepada keluarga Thatcher. 
Thatcher yang diberikan gelaran sebagai Wanita Besi Britain menjadi Perdana Menteri wanita pertama Britain pada tahun 1979. 
Beliau juga merupakan pemimpin pertama parti Konservatif yang memenangi tiga pilihan raya umum berturut-turut di Britain. 
Thatcher meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 1990 dan digantikan dengan John Major. - Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.