Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Rabu, 17 April 2013

Hasrat Musharraf Kembali Berkuasa Terhalang

Pervez Musharraf dilarang bertanding dalam pilihan raya Pakistan oleh Tribunal Pilihan Raya

Musharraf pernah melakukan rampasan kuasa dan menggantung Perlembagaan Pakistan pada tahun 2007


KARACHI - Bekas Presiden Pakistan, Pervez Musharraf dilarang bertanding dalam pilihan raya umum yang akan diadakan bulan depan. 
Tribunal pilihan raya telah membatalkan penyertaan beliau daripada bertanding dalam pilihan raya bagi kerusi di Chitral. 
Terdahulu, beliau turut gagal untuk bertanding dalam tiga kerusi lain. 
Peguam Pervez berkata, pihaknya mahu memfailkan rayuan di mahkamah agung. 
Pervez kembali semula ke Pakistan selepas dibuang negeri dan mahu menyelamatkan negara itu dengan harapan dapat membawa All Pakistan Muslim Legue (APML) dalam pilihan raya umum bulan depan. 
Beliau telah mengemukakan kertas untuk bertanding untuk kerusi di Karachi, Islamabad, kasur dan Chitral. 
Walaupun pada mulanya mendapat kelulusan untuk bertanding di Chitral, tetapi penyertaan beliau kemudiannya ditolak. 
Pervez yang pernah memimpin Pakistan selama sembilan tahun itu kembali ke negaranya selepas berada dalam buangan. 
Beliau turut menghadapi tuduhan gagal menyediakan jaringan keselamatan secukupnya kepada bekas Perdana Menteri, Benazir Bhutto pada tahun 2007. 
Benazir terbunuh dalam letupan bom ketika berkempen. 
Bagaimanapun beliau menyifatkan kes terhadapnya tidak berasas dan ia bermotif politik semata-mata. - Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.